Mengenai Kami

Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi, Unit Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Malaysia Kelantan

Mengenai Kami

Pengenalan
Unit Hal Ehwal Antarabangsa merupakan sebuah Unit baharu yang ditubuhkan pada Julai 2012 dan diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Unit ini berperanan sebagai penghubung antara Universiti dengan pihak luar negara terutama berkaitan kerjasama strategik akademik Universiti. Matlamat utama Unit Hal Ehwal Antarabangsa ditubuhkan adalah untuk mempromosikan program-program akademik serta menguruskan kebajikan pelajar-pelajar antarabangsa.

Visi
Menjadi satu pusat sehenti (one-stop centre) bagi urusan hal ehwal antarabangsa Universiti Malaysia Kelantan

Misi
Menuju ke arah pengantarabangsaan Universiti dengan lebih cekap, meluas serta dihormati seiring dengan misi dan visi Universiti

Fungsi:
Antara fungsi utama bagi Unit Hal Ehwal Antarabangsa adalah:
1. Mempromosi dan memasarkan program pengajian akademik Universiti di peringkat antarabangsa
2. Menjadi "one stop centre" bagi halehwal antarabangsa universiti
3. Mengurus permohonan dan kebajikan termasuk urusan visa bagi pelajar antarabangsa.
4. Menjalinkan hubungan kerjasama Universiti dengan institusi pengajian tinggi luar negara.
5. Menguruskan permohonan mobiliti pelajar (inbound dan outbound) dengan kerjasama fakulti dan pusat.
6. Memantau dan menilai MoU, MoA dan LoI yang sedia ada dan yang baharu dengan kerjasama Pejabat Undang-Undang Universiti.

CONTACT US

UMK International (UMK-IO)
Universiti Malaysia Kelantan
City Campus,Locked Bag No.36
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Tel : +6097717285
Fax :+6097717232
Email :International@umk.edu.my

VISITOR COUNTER

0000000
Today
Yesterday
This Week
96
777
1334

6.75%
39.01%
23.08%
3.81%
0.24%
27.11%
Online (15 minutes ago):12
11 guests
one members