Mengenai UMK

Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi, Unit Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Malaysia Kelantan

Mengenai UMK

Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.

Berpacukan konsep "Keusahawanan Teras Kami", usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan - Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 25 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang. Usaha gigih terus dipacu tanpa henti demi kesejahteraan dan kemapanan universiti sesuai dengan dengan tagline kami "Transformative, Entrepreneurial, Excellent".

CONTACT US

UMK International (UMK-IO)
Universiti Malaysia Kelantan
City Campus,Locked Bag No.36
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Tel : +6097717285
Fax :+6097717232
Email :International@umk.edu.my

VISITOR COUNTER

0000000
Today
Yesterday
This Week
103
777
1341

6.75%
39.01%
23.08%
3.81%
0.24%
27.11%
Online (15 minutes ago):19
18 guests
one members